RSS

Penyampaian maksud lagu



Komposer, penyanyi dan penulis lirik terkenal, Mohd Faizal Mas atau lebih dikenali sebagai Ajai, berkata lirik adalah sinopsis daripada satu cerita yang ingin disampaikan kepada pendengar.
     (Sumber : Harian Metro   (15/02/2007) )

Menurut Ajai, lirik boleh didefinisikan sebagai sinopsis daripada satu cerita yang ingin disampaikan kepada pendengar. Penggunaan elemen gaya bahasa seperti hiperbola, personifikasi, simile atau banyak lagi tidak digunakan secara meluas dalam penulisan lirik kini. Jika dilihat dari segi penafsiran, ia lebih mudah diinterprestasi oleh khalayak kerana bahasanya lebih ringkas dan menunjukkan maksud sebenar apa yang hendak disampaikan berbanding lirik lagu dahulu yang agak sukar difahami sinopsisnya. Hal ini kerana lirik lagu ciptaan 90-an, 80-an dan ke atas lebih menitikberatkan keindahan bahasa hinggakan kadangkala sukar untuk difahami oleh pendengarnya.



Sebagai contoh lirik lagu 80-an bertajuk ‘Mentera Semerah Padinyanyian M. Nasir. Sekilas dilihat gambaran lirik ini tidak menampakkan penulisnya ingin ketengahkan unsur menyeru. Maksud yang disampaikan adalah agak terselindung dan tidak terlalu sukar untuk difahami. Tajuk ‘Mentera Semerah Padi’ menunjukkan bahawa lirik itu adalah jampi untuk menyeru semangat penyanyi.


Kembali kepada zaman 2010, tafsiran ke atas lagu bertajuk ‘Jahat ’ dendangan Stacy AF6, penyanyi menyampaikan bahawa sebelum ini dia telah dikecewakan oleh lelaki dan berikrar tidak mahu bercinta lagi. Bahasa yang digunakan adalah mudah untuk ditafsirkan. Tidak banyak unsur keindahan bahasa yang diguna pakai dalam lirik ini.