1.Kemerosotan Mutu Bahasa Melayu Lisan Dan Tulisan
Penggunaan perkataan singkatan dan pencampuran bahasa asing di dalam lirik lagu menyebabkan bahasa Melayu baku di dalam tulisan dan lisan tidak digunakan lagi.
2.Masalah Pembinaan Masyarakat Berwawasan
Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa jua bentuk komunikasi, sama ada secara lisan mahupun melalui tulisan. Mesej dan bahasa yang terang dan jelas akan memudahkan seseorang untuk memahami isi penyampaiannya. Namun begitu sekiranya bahasa yang digunakan telah dicampuradukkan dengan bahasa lain kadang- kadang ia membawa mesej yang sebaliknya.
3.Kedudukan Bahasa Melayu Akan Terjejas
Perbuatan memendekkan kata- kata atau ayat kadangkala akan melahirkan makna yang berbeza. Hal ini pasti akan mencemarkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.Sistem pembakuan bahasa yang telah diterapkan kepada kita sejak lama dulu kini tidak lagi menjadi kebangaan pengguna bahasa.
4.Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara
Rata-rata penggunanya jarang sekali menggunakan bahasa baku sebagai bahasa biasa ataupun bahasa rasmi. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu kita akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dengan baik.
5.Kemerosotan Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang tidak diterjemahkan atau disesuaikan ketika menggunakan bahasa Melayu merupakan tamparan yang hebat kepada pembinaan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Tambahan pula ia jelas menunjukkan pengguna tersebut sememangnya amat rendah atau kurang mahir sehinggakan terpaksa menggunakan bahasa Inggeris bagi mengungkapkan ideanya.Tetapi yang lebih malang lagi keadaan itu tidak pula menunjukkan peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris. Inilah yang selalu dikatakan “Yang dikendung tak dapat, yang dikejar berciciran”.