RSS

Pengenalan : Bahasa dan Lirik

Dewasa ini, hidup kita telah diselubungi dengan hiburan terutamanya irama lagu. Teknologi pada masa kini membolehkan kita mendengar lagu walaupun di pelbagai tempat dan waktu. Irama dan lagu yang memenuhi citarasa semasa berkumandang menerjah gegendang meresap terus ke jiwa. Semua masalah dan ketegangan akan terlerai biarpun masih belum selesai. Pelbagai rentak, irama dan nada dapat kita nikmati. Hal ini kerana hasil pemikiran dan daya usaha yang menggunakan bahasa Melayu yang indah dan kreatif oleh para pencipta lirik. Namun, terdapat juga sesetengah penulis lirik yang gagal menggunakan bahasa Melayu dalam lirik mereka dengan betul.


Penggunaan bahasa dalam lirik lagu bergantung kepada pengetahuan masing-masing (penulis lirik) dan peringkat masyarakat yang mendengar. Mereka mesti belajar mengenali seni bahasa untuk menyampaikan secara terbaik kepada pendengar. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu dalam lirik itu harus sejajar dengan cadangan ahli akademik dan ahli puisi tersohor. Iaitu sebagai pejuang bahasa, penggunaan bahasa Melayu yang digunakan dalam lirik harus menepati kriteria bahasa Melayu.

Potongan lirik lagu yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu



Anak (Versi Tagalog)

Nang isilang ka sa mundong ito
Laking tuwa ng magulang mo
At ang kamay nila ang iyong ilaw
At ang Nanay at Tatay mo'y
Di malaman ang gagawin


Anak ( Versi Melayu)

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah


Pergi (versi Inggeris)

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong



Pergi (versi Melayu)
Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Contoh lagu

Perbandingan penulisan lirik antara zaman dahulu dengan masa kini

Berikut merupakan beberapa perbandingan yang wujud:


Punca penyalahgunaan Bahasa Melayu dalam lirik lagu.


1. Faktor dalaman 
-Sifat masyarakat  yang sering mengamalkan komunikasi dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan mengalami kepincangan.

2. Pendapat  Datuk Dr Hassan Ahmad (seminar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka)
-Kegagalan orang  melayu yang tidak mempunyai kecekapan linguistik tetapi juga ketiadaan kecekapan berkomunikasi dalam masyarakat.

3. Pendapat yang diperoleh dalam sebuah blog (gedung lagu & filem  Nurul Iman-mencari makna dalam hiburan)
-Bagi memudahkan pendengar menghafal sesebuah lagu penulis akan menggunakan  perkataan yang singkat.
   

Kesan penyalahgunaan bahasa di dalam lirik lagu

1.Kemerosotan Mutu Bahasa Melayu Lisan Dan Tulisan
Penggunaan perkataan singkatan dan pencampuran bahasa asing di dalam lirik lagu menyebabkan bahasa Melayu baku di dalam tulisan dan lisan tidak digunakan lagi.

2.Masalah Pembinaan Masyarakat Berwawasan
Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa jua bentuk komunikasi, sama ada secara lisan mahupun melalui tulisan. Mesej dan bahasa yang terang dan jelas akan memudahkan seseorang untuk memahami isi penyampaiannya. Namun begitu sekiranya bahasa yang digunakan telah  dicampuradukkan dengan bahasa lain kadang- kadang ia membawa mesej yang sebaliknya.

3.Kedudukan Bahasa Melayu Akan Terjejas
Perbuatan memendekkan kata- kata atau ayat kadangkala akan melahirkan makna yang berbeza. Hal ini pasti akan mencemarkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.Sistem pembakuan bahasa yang telah diterapkan kepada kita sejak lama dulu kini tidak lagi menjadi kebangaan pengguna bahasa.

4.Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara
Rata-rata penggunanya jarang sekali menggunakan bahasa baku sebagai bahasa biasa ataupun bahasa rasmi. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan individu yang memahami bahasa. Akibat dari kegagalan itu kita akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis atau bertutur dengan baik.


5.Kemerosotan Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang tidak diterjemahkan atau disesuaikan ketika menggunakan bahasa Melayu merupakan tamparan yang hebat kepada pembinaan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Tambahan pula ia jelas menunjukkan pengguna tersebut sememangnya amat rendah atau kurang mahir sehinggakan terpaksa menggunakan bahasa Inggeris bagi mengungkapkan ideanya.Tetapi yang lebih malang lagi keadaan itu tidak pula menunjukkan peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris. Inilah yang selalu dikatakan “Yang dikendung tak dapat, yang dikejar berciciran”.

Kajian penulisan lirik lagu pada peringkat tatabahasa

     Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai peraturan, kaedah dan sistem sesuatu bahasa. Kajian tatabahasa dapat diertikan sebagai bidang yang menganalisis dan menghuraikan pembentukan ayat serta turut mencakup bidang penelitian pembentukan kata. Kajian tatabahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu kajian pada peringkat kata yang dikenal sebagai morfologi dan kajian pada peringkat ayat yang dinamakan sintaksis.
    Berikut merupakan antara kesalahan umum tatabahasa yang terdapat pada lirik-lirik lagu masa kini.

Coba
Nyanyian: Faizal Tahir
Ciptaan: Audi Mok

Korus:
Siapa sebenarnya aku pada mu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku pada mu

Analisis:
(sila klik pada rajah untuk gambaran yang lebih jelas)






Sampai Syurga
Nyanyian: Faizal Tahir
Ciptaan: Audi Mok

Rangkap Kedua:
Ku membenarkan jiwa ku ‘tuk mencintai mu
Ku persembahkan hidup ku ‘tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu

Korus Kedua:
Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik ‘tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cinta mu
Hanya kamu

Lagu Perangkai (Bridge):
Dan,
Segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia ‘tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu
Cinta darimu
Agar ku sempurna

Analisis:
(sila klik pada rajah untuk gambaran yang lebih jelas)